PUSAT KAUNSELING MAINS

"Kami Sedia Hulur Bantuan, Anda Pulang Dengan Senyuman"


Tinggalkan komen

…::BENGKEL PENULISAN MODUL PK MAINS::…

20160118_100823

SEREMBAN, 18 JANUARI 2016 – Pusat Kaunseling MAINS menganjurkan satu Bengkel Penulisan untuk membincangkan secara terperinci tentang modul yang akan diketengahkan dalam program-program anjuran PK MAINS. Dimulakan dengan bacaan Doa seterusnya kata-kata aluan daripada Ketua Eksekutif PK MAINS, Tuan Haji Norazman Bin Amat dan bengkel dilakukan secara LDK (Latihan Dalam Kumpulan).

20160118_100708

20160118_100724

20160118_100740

20160118_100929

Salam Sayang,

NicenizaR

“Kami Sedia Hulur Bantuan, Anda Pulang Dengan Senyuman”


Tinggalkan komen

***Mutiara Kata, Permata Berharga***

“Orang berilmu ialah seseorang yang takut akan Allah dalam keadaan tersembunyi, dia suka melakukan apa yang Allah suka dan meninggalkan apa yang Allah Benci”

“Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke Masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat di dalam Syurga setiap kali pergi ke Masjid pada Awal pagi dan petang.” (HR Ahmad)

Dijadikan dua telinga satu mulut supaya dia lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.

(Abu Hatim, Raudhah al-Uqala’)

Jika kamu mendapati seseorang yang lama diamnya dan mengelakkan diri daripada orang ramai, maka dekatilah dia kerana dia menuturkan kata-kata hikmah. (Umar Abdul Aziz)

Kerana kita semua pemimpin, kita mesti pandai mendengar. Untuk pandai mendengar, kita mesti mahir diam. Bila perlu bercakap, bila perlu diam. “Diam ialah kebijaksanaan tetapi sedikit orang yang melakukannya.”

(Demikian titipan Nasihat Luqman al-Hakim)

IMG_0015

Salam Sayang, Salam Satu Ummah….

NicenizaR, Khamis, 10 September 2015, 12:22PM


Tinggalkan komen

…::Dia Kekasih Allah::…

0_0_1944_1561

Nabi Muhammad SAW Bersabda:-

“Kaya itu bukanlah terletak pada banyaknya harta akan tetapi orang yang itu adalah orang yang kaya jiwanya.”

(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW Bersabda:-

“Apabila malam menjelang tiba (waktu senja) maka tahanlah anak-anak kamu, kerana syaitan berkeliaran pada ketika itu. Apabila telah berlalu beberapa ketika selepas waktu Isyak maka lepaskanlah mereka.”

(Hadis Riwayat Imam Bukhari)

Rasulullah SAW Bersabda:-

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata perkataan yang baik atau dia berdiam”

(Hadis Riwayat Imam Bukhari)

“KAMI SEDIA HULUR BANTUAN, ANDA PULANG DENGAN SENYUMAN”

Jika ada sebarang pertanyaan/aduan/temujanji boleh emailkan ke alamat:-

pusatkaunselingmains@gmail.com


2 Komen

FORUM PERDANA MAULIDUR RASUL 1435H

1553192_685937011426593_620972046_o

Assalamualaikum wbt…

Sahabat-Sahabat Yang Dikasihi SEMUA…JOM Luangkan masa ke FORUM PERDANA MAULIDUR RASUL 1435H bertajuk Rasulullah SAW Tauladan: Pemimpin & Suami”…Semoga Dengan Kehadiran Anda Dapat Memeriahkan Majlis Ilmu Ini… Ya Allah, Ampunkanlah Serta Permudahkanlah Urusan UMAT ISLAM Hari Ini, Esok & Akan Datang…Amin Ya Rabbal A’lamin:-)

Ibnu Abbas berkata: “Rasulullah SAW dilahirkan pada hari isnin, diangkat menjadi nabi pada hari Isnin, berhijrah dari Makkah ke Madinah pada hari Isnin dan mengangkat Hajarul Aswad pada hari Isnin.” (Riwayat Ahmad)

Jom Semua, Mari CINTA NABI!

KENAL NABI UNTUK CINTA NABI

#DuniakuDakwahku

#pusatkaunselingmains

Salam Hormat,

Abe.Cute Production (c)


Tinggalkan komen

DAYUSKAH ANDA?

download

 

“Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu (atau ingin bertindak) dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat” ~Al-Kabair~

 

WAHAI PARA SUAMI DAN SEMUA INSAN BERNAMA LELAKI…JOM RENUNGI NUKILAN INI…MOGA-MOGA BERMANFAAT BUAT SEMUA…#DUNIAKU.DAKWAHKU 

Antara Ciri-Ciri Lelaki Dayus:-

  • Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh ISTERINYA dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah, mahupun hanya mata yang menikmati.
  • Membiarkan ISTERINYA balik lewat dari kerja yang tidak diketahui dengan siapa (lelaki atau perempuan), serta apa tindak tanduknya di pejabat dan siapa yang menghantar.
  • Membiarkan aurat ISTERINYA dan ANAK PEREMPUANNYA yang dewasa terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
  • Membiarkan ANAK PEREMPUAN berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa “SPORTING” dan “MEMAHAMI”
  • Menyuruh, mengarahkan dan berbangga terhadap ANAK PEREMPUAN dan ISTERI yang berpakaian SEKSI di luar rumah.
  • Membiarkan ANAK PEREMPUANNYA “BERDATING” dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
  • Membiarkan ANAK PEREMPUANNYA menyertai program hiburan sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
  • Membiarkan ISTERI kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
  • Membiarkan ISTERINYA bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
  • Membawa ISTERI dan ANAK PEREMPUAN untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

“BARANGSIAPA yang mati kerana MEMPERTAHANKAN AHLI KELUARGANYA, maka dia tergolong MATI SYAHID”

(Riwayat Ahmad, Sahih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

AYUH SAHABAT….RENUNGI, HAYATI Serta FAHAMI…

Bertaubatlah, berjagalah SEBELUM Terlewat!

“Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang AKU, maka (jawablah), bahawasanya AKU (ALLAH) sentiasa hampir. AKU mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” ~Surah Al-Baqarah: 186~

Salam Sayang,

KNMS


Tinggalkan komen

~Hati2 Hiasi HATI~

17944-bright-red-heart-shaped-diamond

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a., Nabi SAW bersabda:-

“SESEORANG ITU ADALAH BERSAMA DENGAN ORANG YANG IA KASIHI”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

HANYA YANG TERPILIH

  • Daripada 25 Rasul, 5 Orang sahaja yang dipilih menjadi Rasul Ululazmi.
  • Daripada 313 orang Rasul, 25 orang sahaja yang disebut dalam al-Quran.
  • Daripada sekalian ramai para Sahabat Rasulullah SAW, 10 orang sahaja yang dijamin masuk syurga melalui hadis Rasulullah SAW.
  • Daripada semua umat manusia, hanya 70,000 yang tidak akan dihisab dan terus masuk syurga.

BERSIN PUN ADA CARANYA

Setiap bangsa mempunyai respons tertentu apabila bersin. Masyarakat Rom kuno menyebut “Jupiter menyelamatkan kamu”, manakala masyarakat Greek pula saling menyebut “Panjang Usia”. Apabila kanak-kanak bersin, masyarakat Rusia akan menyebut “Bud dzorov” yang bermaksud “Semoga Sihat”, manakala masyarakat Cina akan menyebut “Bai Shui” yang bermaksud “Moga Kamu Akan Hidup 100 Tahun.”

Abu Hurairah RA melaporkan bahawa apabila Rasulullah SAW bersin, Baginda meletakkan tangan atau hujung bajunya ke mulut untuk menutupnya sambil memperlahankan bunyi bersin itu.” (Riwayat Abu Daud)

Rasulullah SAW Bersabda lagi:-

“Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bersin dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang daripada kamu menguap, jangan sampai berbunyi ‘ha!’ kerana itu menyebabkan syaitan mentertawakanmu.” (Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad)

PILIH KAYA HATI

Berhati-hatilah menjaga HATI kerana di situ terletaknya ketenangan dan kebahagiaan DIRI. Firman Allah SWT:- “Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” (Surah al-Ra’d 13:28). Rasulullah SAW Bersabda: “Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan hati.” (Riwayat al-Bukhari)

SENTIASA ADA SIFAT MALU

Malu Kepada ALLAH: Kita waspada agar tidak melakukan maksiat kepada-Nya

Malu kepada MANUSIA: Ia lanjutan daripada malu kepada Allah. Sifat ini akan lahir sendiri apabila sudah tertanam rasa malu kepada Allah dalam diri.

“ALLAH SWT memberi jalan penyelesaian andai seseorang ingin mengundur kembali masa untuk membetulkan kesalahannya iaitu dengan bertaubat”

Ikhlas Dari,

KNMS@NicenizaR


Tinggalkan komen

…::Wahai Insan, Bersederhanalah!:…

(SEDERHANA DALAM ISLAM)

Assalamualaikum Semua Sahabat Dan Penggemar ILMU Sekalian…

Alhamdulillah, hari ini kita semua diberi KESIHATAN yang begitu baik bagi meneruskan ibadah PUASA untuk mencari Keredhaan Allah SWT. Allah SWT Sangat sayang pada hamba-Nya yang selalu merintih di sepertiga malam untuk meminta KEAMPUNAN kepada Pencipta-Nya. Ingatlah, Allah SWT menyatakan: “Wahai hambaku, jika dosamu itu sampai ke langit, banyaknya daripada bumi hingga ke langit kemudian engkau beristighfar, engkau pohon keampunan daripadaku, Aku ampunkan engkau Aku tidak peduli.”

Seringlah menyesali kekurangan diri kerana Selagi kita bernama MANUSIA, kita tidak AKAN Sempurna Selama-Lamanya!

Firman Allah SWT: “Belanjakanlah sebahagian daripada harta benda yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman antara kamu serta mereka yang membelanjakan sebahagian daripada harta pada jalan Allah, akan beroleh pahala yang besar.” (Surah al-Hadid: 7)

Demikianlah Allah SWT memuji golongan yang selalu membelanjakan harta mereka ke jalan Allah. Ulama menyatakan bahawa orang kaya yang bersyukur lebih mulia daripada orang miskin yang bersabar. Islam memerangi kemiskinan dan menganggapnya satu musibah yang boleh membawa kepada kekufuran. Sebuah athar mengatakan: “Kemiskinan hampir-hampir menjadi kekufuran.” Ada Benarnya!

Pabila seseorang itu ditimpa kemiskinan, dia akan diganggu oleh pemikiran negatif sehingga berputus asa dan adakalanya menyalahkan Tuhan. Lebih membimbangkan ada yang bertukar AGAMA yang pada sangkaannya boleh memberi kekayaan.

MUSLIM tak boleh Kaya kah?

Boleh, namun bersederhana lebih elok. Jika kita melihat para sahabat yang perlu kita jadikan contoh, kita dapati ada sahabat yang bertaraf jutawan seperti Abdul Rahman bin Auf. Namun, tidak pernah sekali kita mendengar Nabi SAW mencerca kekayaan beliau. Begitu juga tokoh tabiin yang kaya.

TOKOH ISLAM YANG KAYA RAYA

  • Usman bin Affan (Sahabat Nabi)
  • Abdul Rahman bin Auf (Sahabat Nabi)
  • Al-Laith bin Saad (Ulama Tabiin di Mesir)
  • Abu Hanifah (Ulama Tabiin di Kufah)
  • Abdullah bin al-Mubarak (Ulama Tabiin di Khurasan)

BERDOALAH, KERNA ITU SENJATA KITA!

Imam al-Hasan al-Basri seorang tabiin yang masyhur menyebut dalam risalah kecil yang ditulis untuk penduduk Mekkah. Sesungguhnya di Mekkah terdapat 15 tempat dimustajabkan doa iaitu apabila berada hampir dengan kaabah, semasa tawaf, solat atau berzikir, di Multazam, di bawah pancuran emas, di dalam kaabah, di sisi telaga zam-zam, berhampiran maqam Ibrahim, di atas bukit Safa, di atas bukit Marwah, di kawasan Sa’i (Mas’a), di Arafah, di Muzdalifah, di Mina, di tiga tempat melontar, majlis ilmu, di dalam masjid, musolla dan tempat-tempat perhimpunan umat ISLAM. (Rujuk: Buku 101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih)

Jagalah DIRI Kita SERTA Keluarga Kita Bahkan Seluruh Umat ISLAM Dari tergelincir ke Dalam Api Neraka. Pesan untuk diri, hiasi peribadi, mantapkan prestasi serta senantiasa muhasabah diri. Kita HAMBA, Memang LAYAK DIUJI!

Salam Pena KASIH SAYANG,

KNMS PK MAINS…:-)