PUSAT KAUNSELING MAINS

"Kami Sedia Hulur Bantuan, Anda Pulang Dengan Senyuman"


Tinggalkan komen

…::Nukilan Khas Buat Pelajar::…

images (9)“Cendekiawan pada masa lalu dan akan datang, akan terus menulis buku-buku dalam pelbagai bidang kepakaran. Kesemua ini dilakukan sebagai satu ibadat dan mengharapkan balasan daripada ALLAH SWT. Manfaatnya pula diperolehi oleh generasi akan datang.”

~Al-Khawarizmi~

UCAPAN TAHNIAH!

Alhamdulillah, tahniah! Kepada yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 (SPM 2012) yang telah diumumkan beberapa minggu yang lepas. Masih segar dalam ingatan pengarang ketika mengambil keputusan SPM 2004…hihi…Sudah hampir lapan (8) tahun! Wah, sungguh bertuah diri ini. Em, semua pelajar-pelajar SPM 2012 pasti sekarang sedang sibuk mengisi sistem online untuk memasuki Universiti Idaman mereka. Nasihat pengarang, sebelum nak isi tu apa kata bincang dengan guru atau senior-senior ANDA! Pengalaman mereka boleh membantu sedikit sebanyak memilih bidang yang ingin anda ceburi di Universiti Impian Anda Masing-Masing!

PESAN BUAT PELAJAR

Usah menoleh ke belakang, terus pandang hadapan! Biar Gagal Sekarang Dari Gagal Selamanya…Pengarang sering pesan kepada pelajar sebelum meninggalkan sekolah, rajin-rajinlah berdampingan dengan Guru Kaunseling ANDA! Banyak input yang anda akan perolehi. Hari ini, pengarang berkesempatan berkongsi dengan pelajar-pelajar yang buntu mencari bidang yang ingin mereka ceburi…Jangan risau, ada kata-kata motivasi berbunyi “Kita Bukan Gagal, Tetapi Belum Berjaya”. JOM Baca dan Bertindak!

KONGSI & ISI

Jom Bertindak! Jangan Takut untuk berubah, jangan takut jika salah…Pepatah ada berbunyi, “Malu Bertanya Sesat Jalan”. Jika ada permasalahan teruslah berjunpa dengan Guru Anda Sebelum Anda Bertindak…Jom Kongsi & Terus Isi Jangan Sangsi Lagi:-

http://nicenizar.wordpress.com/2012/10/11/kerjaya-insan-bernama-pelajar/

PESAN UNTUK DIRI

Bertindak Tepat, Pasti Selamat!

Dari Pena Pengarang,

Abe.Cute Education 2687

Advertisements


Tinggalkan komen

SATU RASA DUA JIWA

 

pena

Salam…Hari Ini Buat Pertama kalinya Blog Pusat Kaunseling MAINS ditubuhkan untuk mendekati golongan masyarakat menerusi teknologi yang tiada sempadan. Alhamdulillah, pena hari ini ingin mencoret sebuah ceritera buat anda…Moga-moga bermanfaat untuk diri Anda Semua…Salam Ukhwah dari Pena Pengarang…:-)

 

MENCORET RASA, SEJENAK KETIKA

“Seseorang perempuan itu dikahwini disebabkan empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya, dan agamanya. Maka dapatkanlah yang beragama, nescaya berkatlah tanganmu (hidupmu)”

{ Riwayat Bukhari & Muslim }

Cinta, Mungkin pelbagai andaian yang timbul bila di utarakan. Bermacam-macam jawapan akan timbul tentang apa itu Cinta? Salahkah Bercinta? Sudah bersediakah aku bercinta?. Itulah antara soalan-soalan yang sering timbul di fikiran sehingga kadang-kadang sesetengah dari kita sudah letih memikirkan cinta. Jika dilihat dari sudut yang lebih fokus, cinta banyak maknanya samada yang tersirat atau tersurat. Kadangkala cinta mengajar erti persahabatan dan kadangkala cinta juga bisa mencipta permusuhan. Namun, CINTA adalah lebih indah dan abadi berbanding dengan cinta. Yang tersurat akan dierat dan yang tersirat pula akan diikat. Seandainya cinta mampu berkata-kata pasti ianya satu nasihat dan seandainya cinta mampu berbisik pasti ianya suatu rahsia. Jika cinta hadir dalam diri, bersyukurlah kerana itu adalah perasaan semulajadi yang ada pada insan yang normal. Nabi Muhammad S.A.W bersabda, ”Sayangilah siapa yang ada dibumi, nescaya kalian akan disayangi siapa sahaja yang ada di langit”.

Hakikatnya, cinta tidak boleh berkata-kata dan juga berbisik namun cinta boleh dirasa oleh insan yang mengharapkan kasih dan sayang. Jika baik apa yang dirasa, baiklah segalanya. Namun jika buruk apa yang dirasa itu adalah nafsu dan noda. ”Di antara dua kasih, di maqamnya yang berbeza, mudah dijumpa namun sukar untuk dipelihara…lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman…namun nafsu menodainya…”. Sedarlah, kerana hakikat cinta itu sangat-sangat bernilai bagi orang yang ingin memeliharanya dengan baik dan dibajainya dengan subur kerana terkadang kasih kita sesama insan bisa mengundang keredhaan tuhan, jika insan menghargainya dan memuliakannya.

Dari Pena Pengarang,

NicenizaR K.N.M.S13