PUSAT KAUNSELING MAINS

"Kami Sedia Hulur Bantuan, Anda Pulang Dengan Senyuman"


Tinggalkan komen

..::Lawatan Kerja PK MAINS::..

LAWATAN KERJA PK MAINS

DPK 3

Alhamdulillah, Pusat Kaunseling MAINS telah selamat mengadakan Lawatan Kerja Sambil Belajar Di Negeri Yang Digelar “Pulau Mutiara” Serta Perak Darul Ridzuan di UTARA Tanah Air. Seramai 18 orang Delegasi PK MAINS telah menyertai Lawatan Ini yang berlangsung selama 3 Hari 2 Malam. Segala Puji bagi Allah SWT yang telah mempermudahkan perjalanan kami ke sana…Amin Ya Rabbal A’lamin.

Pada 28 April 2013, tepat jam 9.30 Pagi kami bertolak dari Masjid Negeri, Seremban, Negeri Sembilan menuju ke Pulau Pinang. Semasa perjalanan banyak perkara yang kami dapat nukilkan dalam kenangan kami untuk dijadikan pedoman. Sekitar jam 5 Petang kami tiba di Hotel Seri Malaysia, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kami Check in di sana!

Lawatan Kami bermula pada 29 April 2013 iaitu pada hari ISNIN dimana Delegasi PK MAINS bertolak ke Asrama Paya Terubong. Untuk pengetahuan semua, asrama ini menempatkan Kes-Kes Juvana. Dalam lawatan kami itu, Delegasi PK MAINS disambut oleh Warden Asrama Paya Terubong itu sendiri iaitu En Rusli Bin Ibrahim. Kami diberi taklimat ringkas oleh beliau tentang Rasional penubuhan Asrama tersebut. Selepas itu, kami sempat bersama ‘Anak-Anak’ Asrama Paya Terubong untuk menyelami perasaan mereka. Alhamdulillah, Mereka sungguh GEMBIRA!

Selepas itu, Delegasi PK MAINS bertolak pula ke Darul Hanan yang mana menempatkan warga emas disitu. Melangkah kaki masuk ke Darul Hanan, hati kami sedikit terharu namun banyaknya pilu melihat warga emas disitu memanggil kami “ANAK”…Mungkin mereka sudah lama tidak bertemu dengan Anak Mereka. Sebelum kami memulakan sesi lawatan, kami diberi Taklimat Ringkas Oleh Pn Aswani Binti Aziz iaitu Penyelia Darul Hanan Pulau Pinang. Sungguh bersemangat melihat Pn Wani memberi taklimat sehingga tidak sedar jam sudah menunjukkan jam 4 petang…hehe

Alhamdulillah, Lawatan Kerja Delegasi PK MAINS berjaya dan kami doakan agar semua warga Asrama Paya Terubong dan Darul Hanan terus Berbakti mencurah KERINGAT Tanpa mengira balasan kerana setiap apa yang kita lakukan, ALLAH SWT akan membalasnya…Yang BAIK DiBALAS BAIK begitulah Sebaliknya..Terima Kasih Juga Buat Semua Delegasi PK MAINS yang diketuai Oleh Tn Hj Norazman Amat, Semoga Pusat Kaunseling MAINS terus SUKSES dipersada NEGARA! Sebagai Saguhati untuk Semua, saya rakamkan kenangan untuk ANDA!!!

“ANDA BUNTU, KAMI BANTU”

DPK 1

DPK 2

DPK

DPK 5

DPK 6

DPK 8

DPK 16

DPK 18

DPK 21

DPK 22

DPK 30

DPK 7

Salam Sayang,

“KAMI SEDIA HULUR BANTUAN, ANDA PULANG DENGAN SENYUMAN”

~KNMS~

Advertisements