PUSAT KAUNSELING MAINS

"Kami Sedia Hulur Bantuan, Anda Pulang Dengan Senyuman"

…::Wahai Insan, Bersederhanalah!:…

Tinggalkan komen

(SEDERHANA DALAM ISLAM)

Assalamualaikum Semua Sahabat Dan Penggemar ILMU Sekalian…

Alhamdulillah, hari ini kita semua diberi KESIHATAN yang begitu baik bagi meneruskan ibadah PUASA untuk mencari Keredhaan Allah SWT. Allah SWT Sangat sayang pada hamba-Nya yang selalu merintih di sepertiga malam untuk meminta KEAMPUNAN kepada Pencipta-Nya. Ingatlah, Allah SWT menyatakan: “Wahai hambaku, jika dosamu itu sampai ke langit, banyaknya daripada bumi hingga ke langit kemudian engkau beristighfar, engkau pohon keampunan daripadaku, Aku ampunkan engkau Aku tidak peduli.”

Seringlah menyesali kekurangan diri kerana Selagi kita bernama MANUSIA, kita tidak AKAN Sempurna Selama-Lamanya!

Firman Allah SWT: “Belanjakanlah sebahagian daripada harta benda yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman antara kamu serta mereka yang membelanjakan sebahagian daripada harta pada jalan Allah, akan beroleh pahala yang besar.” (Surah al-Hadid: 7)

Demikianlah Allah SWT memuji golongan yang selalu membelanjakan harta mereka ke jalan Allah. Ulama menyatakan bahawa orang kaya yang bersyukur lebih mulia daripada orang miskin yang bersabar. Islam memerangi kemiskinan dan menganggapnya satu musibah yang boleh membawa kepada kekufuran. Sebuah athar mengatakan: “Kemiskinan hampir-hampir menjadi kekufuran.” Ada Benarnya!

Pabila seseorang itu ditimpa kemiskinan, dia akan diganggu oleh pemikiran negatif sehingga berputus asa dan adakalanya menyalahkan Tuhan. Lebih membimbangkan ada yang bertukar AGAMA yang pada sangkaannya boleh memberi kekayaan.

MUSLIM tak boleh Kaya kah?

Boleh, namun bersederhana lebih elok. Jika kita melihat para sahabat yang perlu kita jadikan contoh, kita dapati ada sahabat yang bertaraf jutawan seperti Abdul Rahman bin Auf. Namun, tidak pernah sekali kita mendengar Nabi SAW mencerca kekayaan beliau. Begitu juga tokoh tabiin yang kaya.

TOKOH ISLAM YANG KAYA RAYA

  • Usman bin Affan (Sahabat Nabi)
  • Abdul Rahman bin Auf (Sahabat Nabi)
  • Al-Laith bin Saad (Ulama Tabiin di Mesir)
  • Abu Hanifah (Ulama Tabiin di Kufah)
  • Abdullah bin al-Mubarak (Ulama Tabiin di Khurasan)

BERDOALAH, KERNA ITU SENJATA KITA!

Imam al-Hasan al-Basri seorang tabiin yang masyhur menyebut dalam risalah kecil yang ditulis untuk penduduk Mekkah. Sesungguhnya di Mekkah terdapat 15 tempat dimustajabkan doa iaitu apabila berada hampir dengan kaabah, semasa tawaf, solat atau berzikir, di Multazam, di bawah pancuran emas, di dalam kaabah, di sisi telaga zam-zam, berhampiran maqam Ibrahim, di atas bukit Safa, di atas bukit Marwah, di kawasan Sa’i (Mas’a), di Arafah, di Muzdalifah, di Mina, di tiga tempat melontar, majlis ilmu, di dalam masjid, musolla dan tempat-tempat perhimpunan umat ISLAM. (Rujuk: Buku 101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih)

Jagalah DIRI Kita SERTA Keluarga Kita Bahkan Seluruh Umat ISLAM Dari tergelincir ke Dalam Api Neraka. Pesan untuk diri, hiasi peribadi, mantapkan prestasi serta senantiasa muhasabah diri. Kita HAMBA, Memang LAYAK DIUJI!

Salam Pena KASIH SAYANG,

KNMS PK MAINS…:-)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s