PUSAT KAUNSELING MAINS

"Kami Sedia Hulur Bantuan, Anda Pulang Dengan Senyuman"

~Hati2 Hiasi HATI~

Tinggalkan komen

17944-bright-red-heart-shaped-diamond

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a., Nabi SAW bersabda:-

“SESEORANG ITU ADALAH BERSAMA DENGAN ORANG YANG IA KASIHI”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

HANYA YANG TERPILIH

  • Daripada 25 Rasul, 5 Orang sahaja yang dipilih menjadi Rasul Ululazmi.
  • Daripada 313 orang Rasul, 25 orang sahaja yang disebut dalam al-Quran.
  • Daripada sekalian ramai para Sahabat Rasulullah SAW, 10 orang sahaja yang dijamin masuk syurga melalui hadis Rasulullah SAW.
  • Daripada semua umat manusia, hanya 70,000 yang tidak akan dihisab dan terus masuk syurga.

BERSIN PUN ADA CARANYA

Setiap bangsa mempunyai respons tertentu apabila bersin. Masyarakat Rom kuno menyebut “Jupiter menyelamatkan kamu”, manakala masyarakat Greek pula saling menyebut “Panjang Usia”. Apabila kanak-kanak bersin, masyarakat Rusia akan menyebut “Bud dzorov” yang bermaksud “Semoga Sihat”, manakala masyarakat Cina akan menyebut “Bai Shui” yang bermaksud “Moga Kamu Akan Hidup 100 Tahun.”

Abu Hurairah RA melaporkan bahawa apabila Rasulullah SAW bersin, Baginda meletakkan tangan atau hujung bajunya ke mulut untuk menutupnya sambil memperlahankan bunyi bersin itu.” (Riwayat Abu Daud)

Rasulullah SAW Bersabda lagi:-

“Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bersin dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang daripada kamu menguap, jangan sampai berbunyi ‘ha!’ kerana itu menyebabkan syaitan mentertawakanmu.” (Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad)

PILIH KAYA HATI

Berhati-hatilah menjaga HATI kerana di situ terletaknya ketenangan dan kebahagiaan DIRI. Firman Allah SWT:- “Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” (Surah al-Ra’d 13:28). Rasulullah SAW Bersabda: “Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan hati.” (Riwayat al-Bukhari)

SENTIASA ADA SIFAT MALU

Malu Kepada ALLAH: Kita waspada agar tidak melakukan maksiat kepada-Nya

Malu kepada MANUSIA: Ia lanjutan daripada malu kepada Allah. Sifat ini akan lahir sendiri apabila sudah tertanam rasa malu kepada Allah dalam diri.

“ALLAH SWT memberi jalan penyelesaian andai seseorang ingin mengundur kembali masa untuk membetulkan kesalahannya iaitu dengan bertaubat”

Ikhlas Dari,

KNMS@NicenizaR

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s