PUSAT KAUNSELING MAINS

"Kami Sedia Hulur Bantuan, Anda Pulang Dengan Senyuman"

DAYUSKAH ANDA?

Tinggalkan komen

download

 

“Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu (atau ingin bertindak) dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat” ~Al-Kabair~

 

WAHAI PARA SUAMI DAN SEMUA INSAN BERNAMA LELAKI…JOM RENUNGI NUKILAN INI…MOGA-MOGA BERMANFAAT BUAT SEMUA…#DUNIAKU.DAKWAHKU 

Antara Ciri-Ciri Lelaki Dayus:-

  • Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh ISTERINYA dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah, mahupun hanya mata yang menikmati.
  • Membiarkan ISTERINYA balik lewat dari kerja yang tidak diketahui dengan siapa (lelaki atau perempuan), serta apa tindak tanduknya di pejabat dan siapa yang menghantar.
  • Membiarkan aurat ISTERINYA dan ANAK PEREMPUANNYA yang dewasa terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
  • Membiarkan ANAK PEREMPUAN berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa “SPORTING” dan “MEMAHAMI”
  • Menyuruh, mengarahkan dan berbangga terhadap ANAK PEREMPUAN dan ISTERI yang berpakaian SEKSI di luar rumah.
  • Membiarkan ANAK PEREMPUANNYA “BERDATING” dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
  • Membiarkan ANAK PEREMPUANNYA menyertai program hiburan sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
  • Membiarkan ISTERI kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
  • Membiarkan ISTERINYA bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
  • Membawa ISTERI dan ANAK PEREMPUAN untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

“BARANGSIAPA yang mati kerana MEMPERTAHANKAN AHLI KELUARGANYA, maka dia tergolong MATI SYAHID”

(Riwayat Ahmad, Sahih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

AYUH SAHABAT….RENUNGI, HAYATI Serta FAHAMI…

Bertaubatlah, berjagalah SEBELUM Terlewat!

“Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang AKU, maka (jawablah), bahawasanya AKU (ALLAH) sentiasa hampir. AKU mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” ~Surah Al-Baqarah: 186~

Salam Sayang,

KNMS

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s