PUSAT KAUNSELING MAINS

"Kami Sedia Hulur Bantuan, Anda Pulang Dengan Senyuman"


Tinggalkan komen

..::Lawatan Kerja PK MAINS::..

LAWATAN KERJA PK MAINS

DPK 3

Alhamdulillah, Pusat Kaunseling MAINS telah selamat mengadakan Lawatan Kerja Sambil Belajar Di Negeri Yang Digelar “Pulau Mutiara” Serta Perak Darul Ridzuan di UTARA Tanah Air. Seramai 18 orang Delegasi PK MAINS telah menyertai Lawatan Ini yang berlangsung selama 3 Hari 2 Malam. Segala Puji bagi Allah SWT yang telah mempermudahkan perjalanan kami ke sana…Amin Ya Rabbal A’lamin.

Pada 28 April 2013, tepat jam 9.30 Pagi kami bertolak dari Masjid Negeri, Seremban, Negeri Sembilan menuju ke Pulau Pinang. Semasa perjalanan banyak perkara yang kami dapat nukilkan dalam kenangan kami untuk dijadikan pedoman. Sekitar jam 5 Petang kami tiba di Hotel Seri Malaysia, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kami Check in di sana!

Lawatan Kami bermula pada 29 April 2013 iaitu pada hari ISNIN dimana Delegasi PK MAINS bertolak ke Asrama Paya Terubong. Untuk pengetahuan semua, asrama ini menempatkan Kes-Kes Juvana. Dalam lawatan kami itu, Delegasi PK MAINS disambut oleh Warden Asrama Paya Terubong itu sendiri iaitu En Rusli Bin Ibrahim. Kami diberi taklimat ringkas oleh beliau tentang Rasional penubuhan Asrama tersebut. Selepas itu, kami sempat bersama ‘Anak-Anak’ Asrama Paya Terubong untuk menyelami perasaan mereka. Alhamdulillah, Mereka sungguh GEMBIRA!

Selepas itu, Delegasi PK MAINS bertolak pula ke Darul Hanan yang mana menempatkan warga emas disitu. Melangkah kaki masuk ke Darul Hanan, hati kami sedikit terharu namun banyaknya pilu melihat warga emas disitu memanggil kami “ANAK”…Mungkin mereka sudah lama tidak bertemu dengan Anak Mereka. Sebelum kami memulakan sesi lawatan, kami diberi Taklimat Ringkas Oleh Pn Aswani Binti Aziz iaitu Penyelia Darul Hanan Pulau Pinang. Sungguh bersemangat melihat Pn Wani memberi taklimat sehingga tidak sedar jam sudah menunjukkan jam 4 petang…hehe

Alhamdulillah, Lawatan Kerja Delegasi PK MAINS berjaya dan kami doakan agar semua warga Asrama Paya Terubong dan Darul Hanan terus Berbakti mencurah KERINGAT Tanpa mengira balasan kerana setiap apa yang kita lakukan, ALLAH SWT akan membalasnya…Yang BAIK DiBALAS BAIK begitulah Sebaliknya..Terima Kasih Juga Buat Semua Delegasi PK MAINS yang diketuai Oleh Tn Hj Norazman Amat, Semoga Pusat Kaunseling MAINS terus SUKSES dipersada NEGARA! Sebagai Saguhati untuk Semua, saya rakamkan kenangan untuk ANDA!!!

“ANDA BUNTU, KAMI BANTU”

DPK 1

DPK 2

DPK

DPK 5

DPK 6

DPK 8

DPK 16

DPK 18

DPK 21

DPK 22

DPK 30

DPK 7

Salam Sayang,

“KAMI SEDIA HULUR BANTUAN, ANDA PULANG DENGAN SENYUMAN”

~KNMS~

Advertisements


Tinggalkan komen

“JOM SERTAI, BENGKEL KEIBUBAPAAN”

PUSAT KAUNSELING MAINS

mempersembahkan…

BENGKEL KEIBUBAPAAN

“Ibu Bapa Bijak, Anak-Anak Hebat”

ibu bapa bijak, anak hebat_0001

ibu bapa bijak, anak hebat_0002

JOM SERTAI!!! CEPAT, TEMPAT TERHAD…:-)

“Terima Kasih IBU, Terima Kasih Duhai AYAH!”

Dari Tinta Pengarang,

NicenizaR 2013


Tinggalkan komen

PROGRAM TERBARU!

3744f4d02

PROGRAM MOTIVASI BERSAMA PELAJAR 

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU NEGERI SEMBILAN

6 APRIL 2013 (SABTU)

8.00 Pagi – 1.00 Petang

Dewan Serbaguna Baitulmal Rembau, Negeri Sembilan

8.30 Pagi:

Pendaftaran

9.00 Pagi:

Pecah Sempadan Antara Kita

9.30 Pagi:

LDK 1: “Lukisan Hati”

10.30 Pagi:

Minum Pagi

11.00 Pagi:

LDK 2: “KAU & AKU”

12.00 Tengahari:

Slot Khas: “Cinta Allah Itu Tujuan, Cinta Rasul Itu Jalan”

1.00 Petang:

Simulasi & Bersurai

Pihak Pusat Kaunseling MAINS Cawangan Rembau dengan kerjasama Pihak Sekolah Menengah Agama Rembau Negeri Sembilan akan mengadakan satu program Motivasi Sahsiah Diri untuk mengimbau sejarah kehidupan sebagai seorang INSAN yang Sangat Mulia dan TERBAIK disisi ALLAH SWT. Insya-Allah, program ini akan membawa peserta-paserta mengembara ke dalam diri yang kerdil ini untuk merasai sebenarnya ALLAH sentiasa Dekat dengan Hamba-Nya. Teruskan beramal dan berusaha mencapai KPI Pahala yang Terbaik. Moga-moga kita beroleh SYURGA Yang Abadi…Insya-Allah..:-) Jika diizinkan Allah, program ini akan diteruskan untuk tahun-tahun akan datang…Semoga Kita Diberkati-Nya dan Sentiasa Tolong-Menolong dalam Agama ISLAM Yang Mulia Ini. Sekian, Terima Kasih. “ANDA BUNTU, KAMI BANTU”

Dari Tinta Pengarang,

NicenizaR


Tinggalkan komen

…::Nukilan Khas Buat Pelajar::…

images (9)“Cendekiawan pada masa lalu dan akan datang, akan terus menulis buku-buku dalam pelbagai bidang kepakaran. Kesemua ini dilakukan sebagai satu ibadat dan mengharapkan balasan daripada ALLAH SWT. Manfaatnya pula diperolehi oleh generasi akan datang.”

~Al-Khawarizmi~

UCAPAN TAHNIAH!

Alhamdulillah, tahniah! Kepada yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 (SPM 2012) yang telah diumumkan beberapa minggu yang lepas. Masih segar dalam ingatan pengarang ketika mengambil keputusan SPM 2004…hihi…Sudah hampir lapan (8) tahun! Wah, sungguh bertuah diri ini. Em, semua pelajar-pelajar SPM 2012 pasti sekarang sedang sibuk mengisi sistem online untuk memasuki Universiti Idaman mereka. Nasihat pengarang, sebelum nak isi tu apa kata bincang dengan guru atau senior-senior ANDA! Pengalaman mereka boleh membantu sedikit sebanyak memilih bidang yang ingin anda ceburi di Universiti Impian Anda Masing-Masing!

PESAN BUAT PELAJAR

Usah menoleh ke belakang, terus pandang hadapan! Biar Gagal Sekarang Dari Gagal Selamanya…Pengarang sering pesan kepada pelajar sebelum meninggalkan sekolah, rajin-rajinlah berdampingan dengan Guru Kaunseling ANDA! Banyak input yang anda akan perolehi. Hari ini, pengarang berkesempatan berkongsi dengan pelajar-pelajar yang buntu mencari bidang yang ingin mereka ceburi…Jangan risau, ada kata-kata motivasi berbunyi “Kita Bukan Gagal, Tetapi Belum Berjaya”. JOM Baca dan Bertindak!

KONGSI & ISI

Jom Bertindak! Jangan Takut untuk berubah, jangan takut jika salah…Pepatah ada berbunyi, “Malu Bertanya Sesat Jalan”. Jika ada permasalahan teruslah berjunpa dengan Guru Anda Sebelum Anda Bertindak…Jom Kongsi & Terus Isi Jangan Sangsi Lagi:-

http://nicenizar.wordpress.com/2012/10/11/kerjaya-insan-bernama-pelajar/

PESAN UNTUK DIRI

Bertindak Tepat, Pasti Selamat!

Dari Pena Pengarang,

Abe.Cute Education 2687


Tinggalkan komen

SATU RASA DUA JIWA

 

pena

Salam…Hari Ini Buat Pertama kalinya Blog Pusat Kaunseling MAINS ditubuhkan untuk mendekati golongan masyarakat menerusi teknologi yang tiada sempadan. Alhamdulillah, pena hari ini ingin mencoret sebuah ceritera buat anda…Moga-moga bermanfaat untuk diri Anda Semua…Salam Ukhwah dari Pena Pengarang…:-)

 

MENCORET RASA, SEJENAK KETIKA

“Seseorang perempuan itu dikahwini disebabkan empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya, dan agamanya. Maka dapatkanlah yang beragama, nescaya berkatlah tanganmu (hidupmu)”

{ Riwayat Bukhari & Muslim }

Cinta, Mungkin pelbagai andaian yang timbul bila di utarakan. Bermacam-macam jawapan akan timbul tentang apa itu Cinta? Salahkah Bercinta? Sudah bersediakah aku bercinta?. Itulah antara soalan-soalan yang sering timbul di fikiran sehingga kadang-kadang sesetengah dari kita sudah letih memikirkan cinta. Jika dilihat dari sudut yang lebih fokus, cinta banyak maknanya samada yang tersirat atau tersurat. Kadangkala cinta mengajar erti persahabatan dan kadangkala cinta juga bisa mencipta permusuhan. Namun, CINTA adalah lebih indah dan abadi berbanding dengan cinta. Yang tersurat akan dierat dan yang tersirat pula akan diikat. Seandainya cinta mampu berkata-kata pasti ianya satu nasihat dan seandainya cinta mampu berbisik pasti ianya suatu rahsia. Jika cinta hadir dalam diri, bersyukurlah kerana itu adalah perasaan semulajadi yang ada pada insan yang normal. Nabi Muhammad S.A.W bersabda, ”Sayangilah siapa yang ada dibumi, nescaya kalian akan disayangi siapa sahaja yang ada di langit”.

Hakikatnya, cinta tidak boleh berkata-kata dan juga berbisik namun cinta boleh dirasa oleh insan yang mengharapkan kasih dan sayang. Jika baik apa yang dirasa, baiklah segalanya. Namun jika buruk apa yang dirasa itu adalah nafsu dan noda. ”Di antara dua kasih, di maqamnya yang berbeza, mudah dijumpa namun sukar untuk dipelihara…lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman…namun nafsu menodainya…”. Sedarlah, kerana hakikat cinta itu sangat-sangat bernilai bagi orang yang ingin memeliharanya dengan baik dan dibajainya dengan subur kerana terkadang kasih kita sesama insan bisa mengundang keredhaan tuhan, jika insan menghargainya dan memuliakannya.

Dari Pena Pengarang,

NicenizaR K.N.M.S13