PUSAT KAUNSELING MAINS

"Kami Sedia Hulur Bantuan, Anda Pulang Dengan Senyuman"

PK MAINS SEREMBAN

SEJARAH PENUBUHAN

Masyarakat moden Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah menghadapi pelbagai cabaran termasuk dalam bentuk masalah sosial yang mengenai individu, keluarga dan pelbagai komuniti dalam Negara ini. Salah satu strategi penting untuk menangani cabaran masalah sosial yang kian meruncing ini adalah menerusi perkhidmatan kaunseling.

Justeru itu, selari dengan keperluan tersebut maka Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PK MAINS) telah ditubuhkan bagi membantu mereka yang memerlukan sebarang bentuk perkhidmatan nasihat ataupun konsultasi. Mantan Ketua Kaunselor iaitu Allahyarhamah Pn. Asmawati Bt Baharubbin bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja cadangan bagi merealisasikan impiannya untuk membantu masyarakat. Kertas kerja cadangan yang mengandungi konsep dan tujuan perlaksanaan ini telah dibentangkan dan diluluskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pada bulan ogos 1998. Seterusnya pada 23 November 1998, majlis rasmi penyerahan kunci lot PK MAINS telah dilaksanakan dan akhirnya pada 7 Disember 1998 perkhidmatan kaunseling mula berkhidmat dibawah satu nama yang cukup disegani pada hari ini iaitu Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PK MAINS).

Pusat Kaunseling MAINS merupakan satu-satunya Pusat Kaunseling yang seumpamanya di Malaysia dengan bertunjangkan kepada 3 prinsip iaitu Professional, Percuma & Terbuka kepada semua kaum. Setelah lebih setahun beroperasi, PK MAINS telah dirasmikan pada 24 Mac 2000. Perasmian PK MAINS telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa Bin Dato’ Haji Abdul Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

Kini setelah hampir 13 Tahun beroperasi, PK MAINS telah melebarkan sayapnya ke empat lokasi iaitu PK MAINS TAMPIN, PK MAINS BAHAU, PK MAINS KUALA PILAH & PK MAINS REMBAU Serta sebuah Pusat Latihan PK MAINS yang berpusat di Seremban, Negeri Sembilan. Semoga dengan tertubuhnya PK MAINS ini diharapkan sedikit sebanyak membantu masyarakat menangani segala permasalahan yang membelenggu diri. “JOM Ke PK MAINS….~ANDA BUNTU, KAMI BANTU!~

“KAMI SEDIA HULUR BANTUAN, ANDA PULANG DENGAN SENYUMAN”

PUSAT KAUNSELING MAINS SEREMBAN

IBU PEJABAT, F51 & 53, TINGKAT 1,

TERMINAL ONE SHOPPING CENTRE, 20B, JALAN LINTANG,

70200 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TEL     : 06-767 9905/03/04

FAX     : 06-767 9904

Dari Pena Pengarang,

NicenizaR K.N.M.S 2013

Advertisements

14 thoughts on “PK MAINS SEREMBAN

  1. Assalamualaikum,
    Bolehkah sy kemukakan permasalahan sy melalui email shj? Sy ada byk kekangan utk ke pejabat MAINS..
    Terimakasih atas perhatian.
    Semoga dirahmati Allah sentiasa.
    wassalam.

  2. Saya menghadapi masaalah untuk mencari sesiapa yg boleh mengajar saya mengaji semula kerana selama ni saya rasa kosong tanpa ayat2 suci Alquran atau boleh dikatakan buta membaca alquran. Diharap dapat membimbang saya utk lebih dekat dgnnya berpandukan alquran…

  3. As salam, saya cal pejabat tiada jawapan. 11.11.2015 jam 12.50pm.

  4. Saya call pejabat tiada jawapan. 11.11.2015 jam 12.50pm.

    • Maaf en. Firdaus.. saya mewakili pusat kaunseling mohon maaf di atas kesulitan tersebut. untuk makluman En. firdaus pada tarikh 11 & 12 Nov.. semua kaunselor dan penolong kaunselor terlibat dengan bengkel retreat..dan majoriti sukarelawan terlibat dengan program pra tahfiz di pusat dakwah paroi. dan yang tinggal hanya pembantu tadbir seorang sahaja untuk cawangan. Boleh saya tahu En. telefon cawangan Pusat Kaunseling mana ye ?

  5. Aslmkm….d bwah jbtan agma Islam n9… Ade tmpat mgaji al Quran dwsa x…??

  6. Assalamualaikum tuan, boleh saya tahu pusat kaunseling menawarkan perkhidmatan dari jam berapa hingga berapa. adakah perlu membuat temujanji terlebih dahulu

  7. Assalamualaikum…pusat kaunseling di terminal one dan pusat kaunseling di bangunan mara area medan selera penghuli chantik tu…apa beza nya…?

  8. Saya ada masalah..boleh tak berkomunikasi melalui emel.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s